Saturday, September 28, 2013

Hari usahawan Air Panas Girls School.

Assalamualaikum, harini memang best gila dekat sekolah. Our RUMAH HANTU untung RM 2700. Serious tak sangka this is more than our expectations actually. Saya jadi minor character & guided dari pukul 9.30 pg sampai 11.50 dah pancit. Saya dgn major characters kat rumah hantu tu tergelak tengok budak-budak menjerit ketakutan. Ada yang pengsan wa kata lu, hahaha WELL DONE form 4 and form 6 prefects yang berganding bahu menjayakan aktiviti ini. Cikgu unit disiplin pun saya tengok senyum sampai ketelinga tadi.

Masa break tadi, apa lagi saya yana nadia semua posing maut ah ambil gambar dgn hantu-hantu jadian termasuk dengan cikgu dalam lab lama ber-air cond tu. Kelab sivik pun not bad juga, habis semua budak beli. Sedih okay saya tak dapat beli key chain RM2 dgn brooch starbucks tu sebab dah dikebas. Ramai sangat orang datang sekolah, memang betul punya pesta.

Dah pukul 12.30 tgh tu, saya check it out ABSEILING.. dorang kata dah tutup. Patah hati ku ini.. tapi abang ucuk & abang kamarul dia kesian kot dekat saya, nadia and yana so dia bagi chance. THANK YOU! Saya pun dengan gembiranya melompat mcm budak senget. Saya tak reti pasang benda untuk abseiling tu, kemudian abang kamarul suruh betul kan balik sebab mcm tak ketat. Saya ni lembab sikit, dan lepas tu abang ucuk panggil saya suruh turun dulu. Tapi.. saya buat2 lambat sebab yana kata dia nak turun dgn saya.

Tengah tunggu saya punya turn tu, abang ucuk dia ckp kat saya.. "Tengok tu.. tudung dia! *tunjuk tgn kat izzati yang tengah turun*" Saya tengah blur time tu, saya ingat dia nak cakap apa, bila saya perhatikan dgn teliti rupanya tudung dia tersangkut. Saya pun dengan cuaknya masukkan tudung dalam baju... So bila saya dah duduk atas meja tu, abang ucuk tanya "Ni tulis guna tangan kiri ke kanan?" Saya time tu tengah gelabah pastu confuse tunjuk tangan mana satu saya guna untuk tulis. Then, saya tunjuk tangan kanan buat2 menulis depan dia sambil ckp "Haa, tangan kanan, kot"

Lepas tu abang ucuk dia boleh pula main betul ke bohong dengan saya. Dia pandang muka saya pelik cakap " Betul ke bohong ni?" Saya balas lah "Kanan! Betul la" Then dia tanya saya main2 dgn suara tegas mcm nak kawad "Betul ke bohongggg?!!!" Saya balas ah kuat2 bergema bangunan sekolah "Betul!!!!!!!!" Kemudian turun tu dia bagi arahan dengan jelas sekali, saya boleh pula meniarap! orang suruh turunkan satu kaki. Haa, dia cakap2 suruh luruskan kaki semua, saya dengar dia punya arahan LAGI sekali dgn teliti.. saya turun. Sampai juga akhirnya... Yeah I did it!! Banyak lagi story actually, so it so adios.